SELANGOR

Pengeluar zakat rasai kehidupan asnaf

OLEH AFEEQA AFEERA

SABAK BERNAM, 18 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) memberi peluang kepada pembayar zakat untuk melihat dan berjumpa asnaf secara langsung, di sini, baru-baru ini.

LZS dalam kenyataan ringkas di Facebook berkata, dua pembayar zakat diberi peluang mendekati asnaf yang menerima bantuan membina dan membaik pulih kediaman.

Katanya, aktiviti itu adalah sebagai pendedahan kepada pembayar zakat dalam usaha berterusan LZS membantu asnaf.

“Menjadi rutin kami untuk menziarahi asnaf fakir dan miskin yang menerima bantuan zakat Selangor.

“Dalam ziarah kali ini, Pengurus Stesen Minyak Petronas BNO, Abd Razak Abd Latib dan Pengerusi Majlis Guru Cemerlang Daerah Sabak, Zulhakim Munjari berkesempatan bersama kami melihat serta berjumpa asnaf secara langsung yang menerima bantuan bina dan baik pulih rumah,” katanya.

LZS berkata, bantuan itu merangkumi 18 rumah baru untuk asnaf fakir dan miskin dengan kos RM985,000 serta 57 rumah baik pulih dengan kos RM1.2 juta, diluluskan di daerah Sabak Bernam, pada 2017.

 


Pengarang :