PBTSELANGOR

Penutupan jalan di Shah Alam 11 Februari

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 6 FEB : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sebahagian jalan mulai jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi bagi melancarkan Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2018 yang berlangsung pada 11 Februari ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, jalan terlibat adalah Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato Menteri dan Persiaran Damai.

“Sehubungan itu, MBSA menyarankan orang ramai tidak menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi yang hendak dituju,” katanya.

Pada masa sama, pengguna dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arahan yang diberikan pihak MBSA dari masa ke semasa.

Program itu diadakan pada minggu kedua setiap bulan yang akan bermula di Dataran Kemerdekaan bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kota Shah Alam.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA di talian 03-5522 2734.

=EZY=


Pengarang :