HULL, ENGLAND – OCTOBER 01: Willian of Chelsea celebrates scoring his sides first goal during the Premier League match between Hull City and Chelsea at KCOM Stadium on October 1, 2016 in Hull, England. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)
SUKANKINI

Piala FA: Chelsea benam Hull City

OLEH HAFIZAN TAIB

LONDON: Willian menyumbat dua gol bagi membantu Chelsea membelasah Hull City 4 – 0 di Stamford Bridge, di sini, bagi melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala FA.

Pemain Brazil itu meletakkan tuan rumah di depan seawal dua minit permainan dengan satu rembatan di luar kotak penalti mengatasi pertahanan dan penjaga gol, David Marshall.

Kelebihan beraksi di laman sendiri diguna sepenuhnya skuad Antonio Antonio Conte bagi mengatasi kelab dari Liga Kejuaraan itu dengan Pedro (m27) menghasilkan gol kedua dengan hantara dilakukan Cesc Febregas.

Lima minit selepas itu, jaringan kedua Willian menyusul bagi terus mengukuhkan The Blues dengan 3 – 0 dengan gerakan dari tengah padang dilakukan Chelsea disudahkan Willian dengan sempurna.

Skuad Nigel Adkins terus dihukum dengan gol keempat tuan rumah melalui penyerang barunya, Olivier Giroud (m42) menyudahkan hantaran Emerson di depan pintu gol.

Bersambung babak kedua permainan, Chelsea terus menguasai permainan bagi mengekang serangan pasukan pelawat namun Hull City memperoleh peluang menjaringkan gol melalui penalti apabila Harry Wilson dijatuhkan pertahanan Chelsea pada minit ke 51.

Bagaimanapun David Meyler gagal dengan Willy Cabalero berjaya menyelamatkan sepakan penalti itu.

Dominasi tuan rumah berterusan hingga tamat perlawanan dengan keputusan sama.


Pengarang :