SUKANKINI

Piala FA: Gol Vardy bantu Leicester City menang

OLEH HAFIZAN TAIB

LEICESTER: Gol tunggal Jamie Vardy memastikan kemenangan Leicester City mengalahkan Sheffield United 1 – 0 dalam pusingan kelima Piala FA di Stadium King Power, di sini.

Kemenangan itu melayakkan The Foxes ke peringkat suku akhir kejohanan kalah mati itu.

Jaringan penyerang England itu terhasil pada minit ke 66 melalui hantaran Riyad Mahrez yang disudahkan dengan satu tandukan menerjah ke gawang lawan.

Gandingan kedua pemain itu menjadi pemangkin kepada kekuatan Leicester dengan sering mengucar kacirkan pertahanan kelab Liga Kejuaraan itu.

Skuad Claude Puel mempertahankan kelebihan satu gol biarpun pelawat dengan penyerang, James Wilson dan Clayton Donaldson berusaha mencari jaringan ke akhir perlawanan.


Pengarang :