GLOBALSUKANKINI

Piala FA Inggeris: Swansea City ke suku akhir

OLEH AFIX REDZUAN

LONDON, 28 FEB: Swansea City melangkah ke suku akhir Piala FA Inggeris buat julung kalinya selepas menewaskan Sheffield Wednesday, 2-0 dalam perlawanan ulangan awal pagi tadi.

Dua jaringan di babak kedua menerusi Jordan Ayew, pada minit ke-55 dan Nanthan Dyer, pada minit ke-80 sudah cukup melayakkan Swansea yang kini bergelut dalam Liga Perdana Inggeris ke peringkat seterusnya.

Pada perlawanan sebelum ini, kedua pasukan terikat tanpa jaringan.

Swansea City akan bertemu pemenang antara Rochdale atau Tottenham Hotspur, di Stadium Wembley dalam satu lagi perlawanan ulangan awal pagi esok.

Rochdale dan Spurs terikat satu sama dalam perlawanan sebelumnya.

Foto Kredit: Reuters


Pengarang :