OLEH AFIX REDZUAN
SEPANYOL, 23 FEB: Seorang anggota polis meninggal dunia ketika cuba meleraikan pergaduhan antara penyokong Athletic Bilbao dan Sparttak Moscow sebelum perlawanan Liga Europa (UEL), awal pagi tadi.

Memetik laporan BBC.com, anggota polis Ertzaintza dari Basque Country itu mengalami serangan jantung dan meninggal dunia, di hospital.
Hampir 500 anggota polis dikerah bagi mengawal keadaan dan berjaya menahan lima individu.
Dalam aksi terbabit, Spartak Moscow menang ke atas Bilbao 1-2 tetapi tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya selepas tewas menerusi agregat 4-3.