SUKANKINI

Pusingan kedua Piala FA bermula 2 hingga 4 Mac ini

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 14 FEB: Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) memaklumkan pusingan kedua Piala FA akan bermula 2 hingga 4 Mac ini yang melibatkan 32 pasukan.

Tumpuan pastinya terarah kepada Juara Piala FA 2017, Kedah yang akan memulakan kempen mempertahankan kejuaraan menentang Negeri Sembilan pada 2 Mac di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Juara Piala Malaysia 2017, Johor Darul Ta’zim akan bertandang ke Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 3 Mac untuk bertemu Pahang.

Lebih menarik, pertembungan dua pasukan daripada pantai timur, Kelantan dan kelab Terengganu City FC akan berentap pada 2 Mac di Satadium Sultan Mohamad IV, Kota Bharu.

Dua lagi pasukan pantai timur, Terengganu FC akan bertandang ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bertemu PJ Rangers FC pada 3 Mac sementara Pahang akan bertemu ATM pada 4 Mac.

PKNS FC akan melayan kunjungan Hanelang FC di Stadium Shah Alam pada 2 Mac manakala Selangor akan bertemu MOF FC 3 Mac ini.

Perak pula akan menantikan kunjungan Sarawak di Stadium TLDM, Lumut pada 3 Mac manakala PKNP FC akan bertemu Shahzan Muda FC pada hari sama.

Foto Kredit: FB FMLLP


Pengarang :