EKONOMI

Ringgit dibuka 3.8970/9000 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 27 FEB: Ringgit meneruskan momentum kenaikan semalam untuk dibuka inggi berbanding dolar AS hari ini, susulan pelabur beralih ke mata wang tempatan itu didorong oleh pemulihan harga minyak, kata peniaga.

Pada jam 9.02 pagi, ringgit diniagakan pada 3.8970/9000 berbanding dolar AS daripada 3.9010/9050 pada Isnin.

Ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9639/9665 daripada 2.9654/9694 pada Isnin dan lebih kukuh berbanding pound Britain kepada 5.4445/4491 daripada 5.4848/4912.

Ringgit juga meningkat berbanding yen kepada 3.6475/6513 daripada 3.6591/6632 pada Isnin dan naik berbanding euro kepada 4.8062/8114 daripada 4.8142/8207.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :