EKONOMI

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 6 FEB: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini, susulan pengukuhan dolar AS didorong data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) lebih baik yang dikeluarkan pada minggu lalu.

Pada jam 9 pagi, ringgit diniagakan 3.9090/9120 berbanding dolar AS daripada 3.8980/9010 semasa ditutup semalam, lapor BERNAMA.

Peniaga berkata, dolar AS diunjur meningkat secara menyeluruh, di tengah-tengah sentimen risiko daripada penjualan ekuiti global dan bon.

Katanya, masih ada ruang untuk dolar AS untuk terus meningkat ke paras 3.9152 berbanding ringgit, dengan 3.9523 kemungkinan diuji seterusnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih kukuh berbanding beberapa mata wang utama lain, kecuali yen Jepun.

Ia lebih tinggi berbanding dolar Singapura pada 2.9580/9609 daripada 2.9600/9634 dan lebih kukuh berbanding euro pada 4.8413/8454 daripada 4.8565/8454 semasa ditutup semalam.

Ringgit juga kukuh berbanding pound Britain pada 5.4605/4662 daripada 5.5020/5070, namun susut berbanding yen ekapda 3.5833/5867 daripada 3.5469/5502 sebelumnya.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :