NASIONAL

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 8 FEB: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kekurangan minat dalam unit tempatan, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada tahap 3.9160 / 9210 berbanding dolar AS daripada penutup 3.9070 / 9100, pada Rabu.

Peniaga berkata, dolar AS kekal menaik berbanding mata wang tempatan dengan petunjuk momentum positif dan dijangka meningkat lebih tinggi.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali yen Jepun.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9557 / 9599 daripada 2.9614 / 9646 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.8057 / 8134 daripada 4.8248 / 8292 pada Rabu.

Ringgit juga naik berbanding pound British pada 5.4366 / 4455 daripada 5.4389 / 4447, tetapi turun berbanding yen kepada 3.5815 / 5870 daripada 3.5811 / 5849.

– BERNAMA


Pengarang :