EKONOMIRinggit

Ringgit diniaga 3.89 berbanding dolar AS

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 15 FEB: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS, pagi ini ekoran permintaan lebih kukuh ke atas mata wang tempatan, didorong data pertumbuhan tinggi keluaran dalam negara kasar Malaysia bagi 2017, kata peniaga.

Seorang peniaga berkata, minat ke atas ringgit mengukuh walaupun dolar US kini semakin meningkat ekoran laporan berkenaan inflasi lebih tinggi, berbanding unjuran.

“Asas ekonomi tempatan yang kekal kukuh, terus menyokong permintaan ke atas ringgit,” katanya dipetik Bernama.

Pada jam 9 pagi, ringgit mencatatkan 3.8920/8960 berbanding dolar daripada 3.9170/9210, pada penutup semalam.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, ringgit kebanyakannya didagangkan rendah kecuali dolar Singapura, dengan unit tempatan meningkat kepada 2.9595/9643 berbanding 2.9654/9705, pada Rabu.

Pada masa sama, ringgit lemah berbanding yen Jepun kepada 3.6449/6493 daripada 3.6441/6488, rendah berbanding pound British kepada 5.4511/4591 daripada 5.4325/4400 serta lemah berbanding euro kepada 4.8471/8529 daripada 4.8383/8444.


Pengarang :