EKONOMI

Ringgit diniaga 3.9300/9350 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 14 FEB: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan permintaan belian yang berterusan terhadap mata wang tempatan itu.

Ia juga dipengaruhi faktor sentimen tempatan yang positif menjelang pengumuman laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun 2017, kata peniaga.

Pada jam 9.00 pagi, ringgit berada pada 3.9300/9350 berbanding dolar AS daripada penutup semalam iaitu of 3.9370/9400.

Seorang peniaga berkata nilai dolar AS lebih rendah berikutan sentimen risiko kerana pelabur juga sedang menantikan data inflasi AS yang dijangka diumumkan lewat hari ini.

“Sementara itu, di sini, bank pusat dijangka mengumumkan data KDNK bagi suku keempat dan setahun penuh pada tengah hari ini.

“Ia dijangka melepasi paras lima peratus,” kata peniaga berkenaan. –

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :