SUKANKINI

RINGKASAN BERITA MENARIK: Liga Perdana Inggeris

DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT

1. SPURS: ‘Kami sedia gempur Liverpool di Anfield’

Walaupun tidak memiliki rekod baik di tempat lawan, namun Mauricio Pochettino tetap mengarahkan Tottenham beraksi dengan ‘tahap kelajuan sama’ seperti ketika mengalahkan Manchester United 2-0 apabila bertandang ke Liverpool.

Spurs berjaya menenggelamkan United di Stadium Wembley, Rabu lalu, yang menyaksikan Christian Eriksen membuka jaringan hanya 11 saat selepas permainan bermula sebelum Phil Jones menjaringkan gol ke gawang sendiri.

SUMBER: AGENSI

2. Alexis Sanches bermula langkah kanan bersama Manchester United

LONDON : Alexis Sanchez menjaringkan gol pertamanya bersama Manchester United untuk Red Devils menumpaskan Huddersfield 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford.

Selepas Huddersfield berjaya mengekang tuan rumah dengan mengikat kedudukan 0-0 pada babak pertama, Romelu Lukaku akhirnya berjaya membuka jaringan United menerusi sepakan voli pada minit ke-55.

Sanchez, 29, yang membuat penampilan ketiga bersama United sejak tiba dari Arsenal pada hujung bulan lalu membuka ‘akaun’ jaringan bersama kelab baharunya pada minit ke-68.

Gol berpunca daripada sepakan penalti yang berjaya diselamatkan penjaga gol lawan, Jonas Lossl tetapi pantas disambut oleh Sanchez untuk memastikan kemenangan selesa tuan rumah.

– SUMBER AGENSI

 

3. Mourinho puji Alexis Sanches

MANCHESTER: Jose Mourinho memuji sumbangan Alexis Sanchez yang meledak gol sulungnya di Manchester United ketika menewaskan Huddersfield Town 2-0 awal pagi tadi tetapi kurang gembira dengan suasana ‘sunyi’ di Old Trafford.

Ketika kemenangan jelas menggembirakan, Mourinho mendakwa peminat tuan rumah tidak bersorak dengan cukup kuat bagi memberi sokongan terhadap pemain. – SUMBER: AFP

 

4. The Reds harap tuah Anfield

LIVERPOOL: Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan pertembungan menentang Tottenham Hotspurs sebagai aksi ‘enam mata’ namun percaya mereka memiliki kelebihan memandangkan aksi berlangsung di Anfield.

The Reds masih belum tewas dalam 14 aksi liga tetapi berdepan cabaran berdepan Tottenham yang masih segar dengan kejayaan menundukkan Manchester United 2-0 pada aksi pertengahan minggu. – SUMBER: REUTERS

5. Keputusan Liga Perdana Inggeris

LONDON: Berikut keputusan penuh perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung.

Arsenal 5 (Ramsey, m6/19/74, Koscielny, m14, Aubameyang, m37) Everton 1 (Calvert-Lewin, m64)

Burnley 1 (Gudmundsson, m82) Manchester City 1 (Danilo, m22)

Bournemouth 2 (King, m70, Mousset, m79) Stoke 1 (Shaqiri, m5)

Brighton 3 (Murray, m8, Izquierdo, m59, Gross, m75) West Ham 1 (Hernandez, m30)

Leicester 1 (Vardy, m17) Swansea 1 (Fernandez, m53)

Manchester United 2 (Lukaku, m55, Sanchez, m68) Huddersfield 0

West Brom 2 (Hegazi, m4, Rondon, m72) Southampton 3 (Lemina, m40, Stephens, m43, Ward-Prowse, m55)

SUMBER: AFP

 


Pengarang :