PBTPELANCONGANSELANGOR

SelangorKini, TVSelangor dipilih Duta Pelancongan Klang

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KLANG, 7 FEB : Kumpulan media Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB), SelangorKini dan TVSelangor dipilih sebagai duta pelancongan bagi daerah Klang, untuk tempoh 2018 ini.

Pelantikan dipilih atas kapasiti dan peranan kedua-dua media berkenaan dalam mempromosikan produk dan destinasi pelancongan terunggul di Klang.

Majlis penyerahan sijil lantikan disampaikan Pengarah Kemasyararakat Majlis Perbandaran Klang (MPK), Normah Zainol Abidin yang mewakili Yang Dipertua, Dato’ Mohamad Yasid Bidin, di Hotel Puteri Garden, Klang.

Selain itu, Kumpulan Media Star; The Star, Ahli Majlis Klang, agensi penggiat industri pelancongan Klang dan beberapa badan bukan kerajaan turut dipilih menganggotai lantikan Duta Pelancongan Klang, penggal ini.

Terdahulu, SelangorKini dan TVSelangor tampil mengetengahkan pelbagai laporan bersifat kondusif dan interaktif terhadap prospek pelancongan Klang.

Antaranya, laporan ‘Usaha Berterusan MPK Bersihkan Sungai Klang’ dan ‘Sasar Sejuta Pelancong’ yang mengangkat SelangorKini sebagai penerima Anugerah Pelancongan dan Hebahan Kreatif (Media Cetak) serta Anugerah Pelancongan Terbaik (Media Atas Talian) pada Malam Penghargaan Media (MPK), Disember lalu.

Sementara TVSelangor turut dipilih menerima pengiktirafan khas MPK bagi kategori Anugerah Pelancongan dan Hebahan Kreatif Media TV, menerusi laporan Inisiatif Pelancongan dan Kitar Semula MPK.

SelangorKini dan TVSelangor juga merupakan agensi media di bawah kumpulan penjenamaan media milik Kerajaan Negeri Selangor, Media Selangor.

=EZY=

 


Pengarang :