SELANGOR

Shah Alam on Wheels di Giant Sekysen 18, Sabtu ini

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 5 FEB: Pejabat bergerak ‘Shah Alam On Wheels’ (SAOW) akan beroperasi di perkarangan tempat letak kereta Pasaraya Giant, Seksyen 18, pada Sabtu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, waktu operasi pejabat bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang.

“Perkhidmatan ini adalah landasan disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan, pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Ia menyediakan kemudahan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan serta pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan juga jualan kupon parkir,” katanya.

Melalui perkhidmatan itu, MBSA turut berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatannya untuk manfaat masyarakat.


Pengarang :