PBTSELANGOR

Shah Alam on Wheels di Plaza Shah Alam Sabtu ini

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 19 FEB: Pejabat bergerak ‘Shah Alam On Wheels’ (SAOW) akan beroperasi di Plaza Shah Alam, Seksyen 9, pada Sabtu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, waktu operasi pejabat akan bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang.

“Perkhidmatan ini adalah landasan disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan, pada hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Ia menyediakan kemudahan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan serta pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan juga jualan kupon parkir,” katanya.

Melalui perkhidmatan itu, MBSA turut berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatannya untuk manfaat masyarakat.


Pengarang :