SELANGOR

Sultan berkenan hadiri pementasan Teater Muzikal Ola Bola

KUALA LUMPUR 12 FEB: Duli Yang Maha Mulia Sultan (DYMM) Selangor Sultan, Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyaksikan pementasan Teater Muzikal Ola Bola di Panggung Sari, Istana Budaya, semalam.

Turut berangkat, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Ketibaan DYMM Tuanku disambut Pengerusi Kumpulan Enfiniti Vision Media yang juga Pengarah Teater Muzikal Ola Bola, Puan Sri Tiara Jacquelina dan Ketua Pegawai Eksekutif Enfiniti (M) Sdn. Bhd., Engku Emran Engku Zainal Abidin.

DYMM Tuanku turut berkenan beramah mesra dan bergambar bersama para pelakon terlibat sebaik pementasan selesai.

Teater Muzikal Ola Bola kini sedang dipentaskan di Istana Budaya sehingga 11 Mac 2018.

=EZY=


Pengarang :