OLEH AFIX REDZUAN
MADRID, 7 FEB: Perkembangan teknologi sukan menjadi antara penyebab kepada pemain tenis mudah mendapat kecederaan berpunca daripada material alatan, keadaan gelanggang dan sistem latihan.
Memetik laporan express.co.uk, Angel Ruiz Cotorro, doktor yang merawat pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal mendedahkan, perubahan itu menyebabkan pemain lebih berisiko mengalami kecederaan dalam setiap perlawanan.
“Banyak perubahan berlaku dalam sukan ini seperti material raket, permukaan gelanggang dan sistem latihan. Semuanya menjadi punca pemain perlu membayar harga mahal apabila ditimpa kecederaan,” katanya.
Ruiz Cotorro kini sedang menjalankan proses pemulihan Nadal yang mengalami kecederaan pada peringkat suku akhir Terbuka Ausralia bulan lalu.
Pemain dari Sepanyol berusia 31 tahun sering mengalami kecederaan lutut sebelum ini dijangka kembali beraksi pada Terbuka Mexico hujung Februari.
=EZY=