SUKANKINI

Tiada lagi kelibat gadis litar F1

 

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 1 FEB: Formula 1 (F1) menamatkan tradisi menggunakan gadis litar sebelum perlumbaan bermula musim 2018.

Ketua Komersil F1, Sean Bratches berkata, amalan berdekad itu tidak lagi relevan digunakan dalam sukan hebat seperti Formula 1.

“Sejak tahun lalu, kami meneliti beberapa perkara yang kami rasakan perlu diperbaiki, supaya ia lebih sejajar dengan visi sukan hebat ini.

“Amalan meletakkan gadis litar sudah menjadi kebiasaan dalam Formula 1 sejak berdekad-dekad lalu, dan kami merasakan amalan ini tidak lagi menggambarkan nilai jenama dan bercanggah dengan norma sosial dunia moden.

“Kami tidak percaya amalan ini sesuai atau relevan dengan sukan Formula 1, peminatnya, sama ada lama dan baru di seluruh dunia,” katanya.

Kalender Formula 1 2018 akan membuka tirai Mac ini di Litar Melbourne, Australia dan berakhir pada 25 November di Litar Yas Marina, Abu Dhabi.


Pengarang :