GLOBAL

Trump mahu perarakan tentera pamer kekuatan AS

GLOBAL 7 FEB: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, membuat permintaan khas untuk mengadakan perarakan tentera khusus mempamerkan kekuatan Amerika, sekali gus mengukuhkan lagi peranannya selaku ketua komander, kata Rumah Putih hari ini.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan Trump sudah lama bercita-cita untuk mengadakan perarakan seumpamanya di Washington malah sejak sebelum mengangkat sumpah menjadi presiden.

Presiden itu sudah menghantar permohonan berhubung perarakan itu kepada pegawai bertanggungjawab yang masih mencari tarikh sesuai untuk melaksanakannya.

“Presiden Trump sentiasa memberi sokongan penuh kepada anggota perkhidmatan Amerika yang sering berdepan risiko demi keselamatan negara.
Justeru, beliau menyarankan Jabatan Pertahanan memikirkan satu majlis keraian yang membolehkan seluruh rakyat Amerika menyatakan penghargaan mereka,” kata setiausaha akhbar, Sarah Sanders.

Mengulas permintaan Trump, Pentagon mengesahkan masih dalam proses memperincikan butiran berkenaan yang turut mendapat liputan The Washington Post.

SUMBER: AFP


Pengarang :