SELANGOR

Umno-BN Selangor hanyalah ‘saudagar mimpi’

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 27 FEB: Umno-Barisan Nasional (BN) umpama ‘saudagar mimpi’ di Selangor, apabila melontarkan idea yang mereka sendiri sedar bahawa mereka tidak mampu untuk kotakannya.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Fahmi Fadzil, berkata, hal ini boleh terbukti apabila Umno-BN berterusan menabur janji terbaru, kononnya mahu memberi rumah kepada anak muda di Selangor.

“Umno-BN terdesak kerana janji bina rumah mampu milik yang mereka tabur sebelum ini pun masih tidak dikota dan kini mereka mahu angkat idea rumah untuk anak muda di Selangor.

“Berbanding dengan komitmen dan prestasi pentadbiran Pakatan Harapan di Selangor yang menunaikan janji, Umno-BN Selangor hanya boleh menjadi saudagar mimpi,” katanya ketika dihubungi SelangorKini di sini.

Jelasnya, selepas peralihan kuasa di Selangor pada 2008, Umno-BN sendiri turut mendakwa Selangor bakal muflis ekoran langkah Kerajaan Pakatan Selangor memberikan perkhidmatan air percuma kepada rakyat.

Katanya, namun seperti biasa walaupun mereka kononnya menolak idea pakatan tetapi akhirnya meniru idea sama.

=EZY=


Pengarang :