SELANGOR

UNISEL raih anugerah National STEM Award 2018

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 27 FEB: Universiti Selangor (UNISEL) memenangi anugerah National STEM Award 2018 menerusi projek ‘UNISEL Fun with STEM’ yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi Korporat, Hasril Abu Hassan berkata, UNISEL berjaya merangkul ‘Special Award’ melalui projek “UNISEL Fun with STEM” kerjasama di antara Institut Bio-IT, Jabatan Sains dan Bioteknologi.

Katanya, projek itu dilaksanakan di bawah Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat serta Pusat Asasi dan Pengajian Umum yang diketuai Dr. Hazeeq Hazwan Azman.

“Kemenangan ini merupakan satu permulaan yang baik buat pelajar dan pensyarah untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr Hazeeq Hazwan dan pasukan atas kejayaan merangkul anugerah tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Difahamkan, program anjuran Malaysia Technology Expo (MTE) itu merupakan acara tahunan yang berlangsung kali ke-17 bagi mencungkil bakat baru melalui Inovasi Sains dan Teknologi oleh Universiti, Institut Penyelidikan, Sekolah Teknik dan Vokasional, Sekolah Menengah serta organisasi Swasta.

=EZY=


Pengarang :