GLOBAL

40 maut, 23 cedera nahas pesawat Bangladesh

KATHMANDU 12 MAC: Sekurang-kurangnya 40 maut dan 23 cedera apabila pesawat penumpang Bangladesh terhempas berhampiran lapangan terbang ibu kota Nepal hari ini.

“Tiga puluh satu meninggal dunia serta-merta dan sembilan lagi di dua hospital di Kathmandu,” kata jurucakap polis, Manoj Neupane, menambah 23 lagi cedera.

Pesawat Bombardier Dash 8 berkenaan sedang dalam perjalanan dari Dhaka, Bangladesh membawa 67 penumpang dengan empat anak kapal. –

SUMBER: AFP


Pengarang :