SELANGOR

Air Selangor tambah bilangan pili air awam

 

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 9 MAC: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd hari ini menambah jumlah pili awam bagi memudahkan penduduk di kawasan mengalami gangguan mendapatkan bekalan air sementara.

Air Selangor menambah satu pili air awam di kawasan Petaling dan Klang, empat di kawasan Kuala Lumpur sementara dua lagi di Gombak.

Pertambahan pili air awam di Petaling ditempatkan di SS 7, Stadium Kelana Jaya, dan hadapan Dewan Sukan Tempur bersebelahan Surau Seksyen 6, Shah Alam bagi kawasan Klang.

Empat lokasi tambahan di Kula Lumpur adalah di Bayu Kondom Pandan Jaya; Persiaran Pandan 3, Pandan Jaya; Jalan Cheras Indah 22, Taman Cheras Indah dan Jalan 1/191A, Taman Shamelin Perkasa.

Manakala, dua kawasan tambahan di Gombak pula Lembah Jaya Industri bersebelahan restoran dan berhampiran SRJK (T), Jalan Melawati 5, Taman Melawati


Pengarang :