PBTSELANGOR

Aplikasi MPAJ Parking jana kutipan lebih RM431,000

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 28 MAC: Aplikasi pintar MPAJ Parking yang diperkenalkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi memudahkan pembayaran tempat letak kenderaan pentadbiran majlis meraih kutipan sebanyak RM431,521.30.

Yang Dipertua MPAJ, Abdul Hamid Hussein berkata, pelaksanaan aplikasi itu dibuat bagi menpati program pembangunan Smart Selangor yang diperkenalkan Kerajaan Negeri.

MPAJ telah menggunapakai aplikasi secara atas talian iaitu MPAJ Parking, bermula pada 1 Mei 2017 yang membolehkan orang ramai membuat bayaran parking secara atas talian.

Sehingga kini aplikasi ini telah mendapat sambutan dan seramai 19,500 pengguna telah menggunakannya.

“Dari 1 Mei 2017 sehingga Februari 2018 jumlah hasil kutipan melalui aplikasi ini adalah sebanyak RM 430,521.30,” katanya ketika berucap pada satu majlis, baru-baru ini.

Terdahulu, pelaksanaan aplikasi itu disediakan bagi menambah baik perkhidmatan juga dilaksanakan secara konsisten menerusi pelaksanaan Skim Aplikasi Online.

Untuk rekod, MPAJ menyediakan kupon letak kenderaan secara manual membabitkan sistem pembayaran letak kenderaan di kawasan parkir pentadbirannya, sebelum ini.

Bagaimanapun, sistem yang berteraskan dasar Intelligent Community (ICOMM) memudahkan orang ramai menggunakan aplikasi atas talian bagi tujuan permohonan pembayaran kompaun trafik dan caj perkhidmatan parking di pihak berkuasa tempatan itu.

=EZY=


Pengarang :