SELANGOR

Asnaf hampir tiada tempat tinggal dibantu LZS

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

KUALA SELANGOR, 9 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) membiayai tunggakan sewa rumah sebanyak RM1,000 kepada keluarga yang hampir kehilangan tempat berteduh.

LZS menerusi laman facebooknya berkata, nasib menimpa keluarga adik Nasrullah Nazri, 5, salah seorang pesakit Sindrom Men’Sky itu bermula apabila ibunya tidak dapat menjalankan perniagaan selamat empat bulan ekoran sakit.

“Mereka adalah asnaf miskin berdaftar dengan LZS dan menerima bantuan daripada sejak 2016.

“Bantuan wang sewa diberi RM600 dengan kadar sewa bulanan sebenar RM850, malah turut disertakan dengan bantuan lain.

“Mereka tiada masalah untuk membayar baki RM250 hasil perniagaan sendiri pada awalnya,” katanya.

Bagaimanapun, LZS dimaklumkan pemilik rumah tempat keluarga itu berteduh memberi tempoh sehingga pertengahan Mac ini untuk mereka melunaskan tunggakan.”

“LZS sudah menghubungi pemilik rumah dan menjelaskan pihaknya akan menanggung tunggakan keluarga berkenaan,” katanya.


Pengarang :