Azlan Shah
GLOBALSUKANKINI

Azlan Shah ganti Sofuoglu dalam Supersport Dunia di Thailand

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 23 MAC: Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman, akan menggantikan penunggang Turki, Kenan Sofuoglu, pasa pusingan kedua Kejohanan Superport Dunia, di Tailand, minggu ini.

Beliau akan menunggang untuk pasukan Kawasaki Puccetti Racing ekoran kemalangan menimpa Sofuoglu dalam perlumbaan pusingan pertama di Philip Island, Australia, bulan lalu, yang mengakibatkan cedera, di bahagian pinggul.

Sofuoglu mengalami masalah di bahagian itu ekoran sebelum ini terbabit dalam insiden sama ketika berlumba di Magny Cours, tahun lalu.

Azlan Shah, 33, berkata, beliau gembira memperoleh peluang berlumba dalam kejohanan dunia itu.

“Saya sangat gembira dan impian menjadi kenyataan berlumba dengan pasukan ini dalam Kejohanan Dunia Supersport.

“Terima kasih kepada Kawasaki kerana memberi peluang ini dan saya akan cuba memberikan persembahan terbaik bagi menamatkan perlumbaan pada kedudukan teratas,” katanya yang akan bersama rakan sepasukan, Hikari Okubo, bagi perlumbaan itu.

Azlan Shah adalah juara Asia Road Racing pada 2013 dan menyertai Idemitsu Team Asia untuk perlumbaan Moto2, pada 2014 dan 2015.

Beliau yang kini berlumba untuk Kawasaki pada kejohanan Supersport kelas 600cc di Asia Road Racing Championship turut mengambil bahagian dalam Suzuka 8-Hour Endurance, tahun lalu.


Pengarang :