NASIONAL

Badai Kuning Bersih di Parlimen, serah memorandum bantah persempadanan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KUALA LUMPUR, 28 MAC : Walaupun cuaca panas, peserta Kumpulan Reformasi Pilihan Raya BERSIH tidak berganjak dan meneruskan protes kumpulan itu untuk menggesa supaya Speaker Dewan Rakyat tidak meneruskan pembentangan laporan proses persempadanan baru di Dewan Rakyat.

Kira-kira 500 peserta gerakan itu mula berkumpul di Parlimen sejak awal jam 8.00 ini dengan perarakan diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah.

Turut hadir bekas Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah; Presiden Parti Pribumi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Pembangkang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharudin Abdulllah bersama 20 anggota polis berkawal di perkarangan pintu masuk Bangunan Parlimen.

Sementara itu, 10 peserta perarakan kumpulan itu dibenarkan menyerahkan memorandum ke Parlimen untuk diserahkan kepada Speaker Dewan.

Dilaporkan, Gerakan Kumpulan Baju Merah, yang diketuai Datuk Seri Jamal Md juga akan mengadakan protes sama, pagi ini.

Namun sehingga kini, tiada sebarang ancaman dan provokasi dilaporkan sepanjang tempoh bantahan dibuat.

Rang Undang-Undang (RUU) Persempadanan Semula dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib TUn Razak, pagi ini.

Ia dijangka akan diputuskan dengan undian belah bahagi selepas selesai perbahasan dan penggulungan di Dewan Rakyat petang ini.

=EZY=


Pengarang :