SUKANKINI

Bhutan ganti Nepal bertemu Harimau Malaya

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 25 MAC: Malaysia dijadualkan bertemu Bhutan pada aksi persahabatan yang dijadualkan berlangsung pada 1 April ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan berkata, perlawanan menentang Nepal yang sepatutnya dilangsungkan pada tarikh sama terpaksa dibatalkan atas permintaan pasukan lawan.

“Perlawanan antarabangsa ‘A’ antara skuad kebangsaan, Harimau Malaya bertemu Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 April depan terpaksa dibatalkan selepas permintaan daripada pasukan lawan itu yang tidak dapat hadir ke Kuala Lumpur pada tarikh berkenaan.

“Sebagai ganti, FAM telah berjaya mendapatkan pengesahan daripada pasukan Bhutan untuk menjadi lawan skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu bagi perlawanan tersebut yang akan berlangsung di venue dan tarikh yang sama seperti telah ditetapkan,” katanya.

Kedit Foto: Facebook FAM

 


Pengarang :