EKONOMI

Bursa Malaysia rendah pagi ini

KUALA LUMPUR, 1 MAC: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, ekoran sentimen lemah pelabur susulan penurunan mendadak semalaman, di Wall Street, lapor BERNAMA.

Pada jam 9.06 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 3.08 mata kepada 1,853.12 berbanding 1,856.20 semasa ditutup semalam.

Indeks utama dibuka 3.64 lebih rendah kepada 1,852.56.

Kedudukan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 314 berbanding 87, manakala 166 tidak berubah. 1,282 tidak diniagakan dan 22 digantung.

Jumlah dagangan adalah 245.84 jtua saham bernilai RM88.04 juta.

 


Pengarang :