BERITA UTAMASELANGOR

EKSA tingkat imej korporat

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 2 MAC: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) hari ini melancarkan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi mewujudkan suasana kerja kondusif dan meningkatkan imej korporat.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, langkah itu diambil bagi menambah baik pelaksanaan amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Sentiasa Amal) di sektor awam.

“Pelaksanaan itu berbeza dengan sistem sedia ada, ia memperlihatkan beberapa komponen baru seperti pembudayaan amalan hijau dan peningkatan aspek persediaan menyambut pelanggan yang berurusan.

“EKSA salah satu elemen penting bagi menggalakkan pegawai dan kakitangan memberi mutu perkhidmatan terbaik kepada orang awam serta meningkatkan budaya kerja berprestasi tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran EKSA 2018, di Bangunan SUK, di sini.

Pada masa sama, beliau berkata, Kerajaan Negeri komited melahirkan pekerja yang mempunyai daya inovasi dan kreativiti tinggi.


Pengarang :