NASIONAL

Hanya ‘hantu Altantuya’ berlegar di Dewan Rakyat

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 29 MAC: Kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar yang menyamakan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang sebagai ‘hantu’di Parlimen menerima sindiran balas daripada blok pembangkang.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, berkata, sebenarnya yang ada di parlimen adalah ‘hantu Altantuya’.

“Hantu yang ada di parlimen hanyalah ‘hantu Altantuya’. Gelang Patah sahih dia berada di sini,” katanya pada sidang media sejurus sidang Dewan Rakyat berhenti berehat pada tengah hari tadi.

Terdahulu, Noh menggelar Kit Siang sebagai hantu apabila Kit Siang cuba bercakap ketika beliau sedang membentangkan Rang Undang-undang Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia 2018.

Sementara itu, Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke pula berkata, keputusan penggantungan yang dibuat ketika suasana kecoh itu sebenarnya tidak berlaku.

“Kita sedang tunggu hansard keluar untuk semak semula urutan kejadian ini,” katanya lagi.

=EZY=


Pengarang :