NASIONAL

Hujan lebat tiga jam, banjir kilat di Kuching

 

OLEH SABIRAH AZIZ

KUCHING, 13 MAC: Hujan lebat kira-kira tiga jam sejak awal pagi tadi menyebabkan kejadian banjir kilat berlaku di beberapa kawasan di pusat bandar raya di sini hari ini.

Antara kawasan yang dilaporkan terjejas adalah Jalan Gertak, Jalan Reservoir serta Jalan Tun Abang Haji Openg.

Selain itu, beberapa kawasan di sekitar blok baharu Hospital Umum Sarawak (HUS) juga dinaiki air sedalam kira-kira 0.3 meter.

Keadaan banjir kilat itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas di sekitar bandar raya ini.

Bagaimanapun, setakat ini situasi tersebut dilaporkan terkawal, lapor Kosmo Online.

=EZY=


Pengarang :