SUKANKINI

Jersi angka 13 diabadikan buat Davide Astori

OLEH AFIX REDZUAN

FLORENCE, 7 MAC: ACF Fiorentina dan Cagliari sepakat untuk tidak lagi menggunakan angka 13 pada jersi mereka selepas pemergian kapten, Davide Astori.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan ACF Fiorentina, langkah itu diambil sebagai tanda penghormatan atas jasa dan sumbangan diberikan mendiang Astori.

“Untuk menghormati memori dan ingatan terhadap Davide Astori bersama Cagliari Calcio dan Fiorentina kekal, mereka memutuskan untuk menarik balik baju itu bersama dengan angka 13,” katanya.

Davide Astori, 31, disahkan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri oleh rakan sepasukan di hotel penginapan menjelang pertemuan dengan Udinese, 4 Mac lalu.

Pemain pertahanan itu mempunyai 14 kaps penampilan bersama Itali memulakan karier bola sepak bersama Ac Milan walaupun tidak pernah beraksi sebelum dijual ke Cagliari.

Semua perlawanan Serie A yang dijadualkan pada 4 Mac dibatalkan susulan kematian mengejut beliau termasuk termasuk ‘Milan Derby” antara AC Milan dan Inter Milan.

=EZY=


Pengarang :