NASIONAL

Keputusan kes BERSIH 2.0 lawan SPR, 11 April

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 29 MAC: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menetapkan 11 April depan bagi keputusan kes Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0 menentang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Hakim mahkamah, Datuk Azimah Omar, membuat ketetapan itu selepas meneliti keterangan daripada pihak pendakwa dan pembela berkaitan kes berkenaan.

Kes itu difailkan BERSIH 2.0 pada 20 Mac lalu iaitu permohonan Maria Chin Abdullah bersama 106 yang lain bagi menentang SPR, Perdana Menteri Malaysia dan Yang Dipertua Dewan Rakyat berhubung perkara dinyatakan.

BERSIH 2.0 diwakili peguam, Datuk S Ambiga manakala SPR diwakili, Amarjeet Singh.

Mengulas keputusan itu, Ambiga berkata, pihaknya berharap semua pihak menghormati keptusan mahkamah itu.

“Kita akan meneliti perkara itu sama ada pilihan raya boleh diteruskan biarpun terdapat keptusan kes yang masih belum diputuskan.

“Saya mengandaikan mereka (SPR dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) akan menghormati keputusan mahkamah ini,” katanya.

=EZY=


Pengarang :