SELANGOR

Kerajaan Negeri laksana program, ambil kira suara rakyat

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 28 MAC: Kerajaan Negeri menjayakan projek pemuliharaan alam sekitar dan teknologi hijau di Selangor dengan mengambil kira suara rakyat di negeri itu.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata ia adalah projek perintis dilaksanakan Kerajaan Negeri dan diyakini negeri pertama berbuat demikian di negara ini.

“Ini adalah kali pertama sebuah Kerajaan Negeri bekerjasana dan menyalurkan peruntukan kepada organisasi bagi program pemuliharaan alam sekitar dan teknologi hijau.

“Ia adalah satu cara bagi Kerajaan Negeri menjayakan program seperti ini serta menyerahkan kepada rakyat bagi menetap apa projek ingin dijalankan di kawasan masing-masing,” katanya Majlis Penyerahan Cek Geran Alam Sekitar dan Teknologi Hijau di sini, hari ini.

Hadir sama, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya.

Dalam majlis itu, Mohamed Azmin menyerahkan sumbangan RM750,000 kepada 98 organisasi terbabit dalam perkara berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya berharap semua pihak seperti badan bukan kerajaan (NGO), Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan yang lain akan menjayakan program berkenaan secepat mungkin.

“Kita harap semua organisasi dapat melaksanakannya dengan penyertaan orang ramai supaya manfaatnya dinikmati semua pihak,” katanya.

=EZY=


Pengarang :