NASIONAL

Laporan syor persempadanan kawasan pilihan raya dibentang 28 Mac

KUALA LUMPUR 22 MAC: Laporan kajian semula syor persempadanan kawasan pilihan raya akan dibentang di Dewan Rakyat Rabu ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum memulakan sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri hari ini berkata laporan mengenai kajian semula itu telah diedarkan kepada anggota Parlimen hari ini.

“Saya ingin mengingatkan bahawa kesemua dokumen tersebut tidak boleh disiarkan, embargo sehingga dibentangkan pada Rabu, 28 Mac 2018,” katanya.

SUMBER: BERNAMA

 


Pengarang :