AGAMASELANGOR

LZS santuni, salur bantuan kepada ibu tunggal

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 24 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni seorang ibu tunggal, Roziana Kasim dan menyalurkan bantuan asasi kepadanya di Kuala Selangor, semalam.

Dalam kenyataan, LZS memaklumkan, ziarah dilakukan ke atas Roziana dan keluarga adalah rutin bagi menyampaikan sumbangan disalurkan pengeluar zakat di negeri itu.

“LZS menyantuni Roziana sekeluarga dengan pelbagai bantuan asasi sejajar dengan keperluan serta kelayakan beliau.

“Aktiviti seperti ini adalah aktiviti rutin sepanjang tahun kami di Zakat Selangor yang mana selain bertanya khabar dan melihat sendiri keperluan serta kelayakan mereka secara berkala,” katanya.

Baru-baru ini, Roziana yang mengalami masalah percakapan dan mengidap sakit jantung, berdepan saat sukar berikutan kematian suaminya.

Beliau turut menjaga ibu yang uzur serta lumpuh separuh badan dan tiga orang anak.

“Terima kasih pengeluar zakat. Zakat anda telah kami salurkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Turut hadir, Penghulu Mukim Tanjung Karang, Mohd Saifful Abu Kair.

=EZY=


Pengarang :