Empat lelaki seleweng diesel bersubsidi didakwa di mahkamah semalam.
SELANGOR

Mahkamah Klang perintis pelaksanaan ATIP

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 29 MAC: Mahkamah Klang dipilih menjadi lokasi projek perintis Mahkamah Sesyen Antipemerdagangan Orang (ATIP) kerana Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran dan kes pemerdagangan orang paling tinggi di Malaysia.

Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif berkata usaha ini membuktikan komitmen Kerajaan Malaysia bagi membenteras kegiatan pemerdagangan orang serta penyeludupan migran ke negara ini.

“Badan Kehakiman Malaysia komited memastikan perbicaraan dan tempoh penyelesaian kes ini dapat dipercepatkan.

“Kita mensasarkan kes pemerdagangan orang dilupuskan dalam tempoh sembilan bulan ia didaftarkan,” katanya dipetik Sinar Harian.

Menurutnya, mahkamah khas ini akan diwujudkan di lima lokasi lain secara berperingkat menjelang akhir 2018 di Ipoh, Melaka, Muar, Kota Kinabalu dan Balik Pulau.

Mahkamah ATIP di Klang beroperasi secara rasmi pada 1 Mac lalu dikendalikan Hakim Datuk Unaizah Mohd.

 


Pengarang :