Selangorkini
NASIONAL

MB Terengganu perlu henti ‘sindrom nafi’ isu tumbesaran anak kecil

OLEH SABIRAH AZIZ

KUALA LUMPUR, 20 MAC: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman diminta menghentikan sikap “denial syndrome” berkenaan isu tumbesaran anak kecil di negeri itu.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, ia adalah sikap suka menafikan tanpa menyiasat kebenaran sesuatu laporan.

Beliau berkata demikian ekoran reaksi berbeza Ahmad Razif yang secara emosi tanpa merujuk pada laporan Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF), menuduh pihaknya membuat tuduhan liar serta memfitnah masalah tumbesaran anak kecil terbantut di Terengganu.

“Sikap reaksi kurang sihat ini akan menyebabkan rakyat terus miskin dan tidak menguntungkan mereka yang memerlukan pembelaan walaupun negeri itu kaya.

“Kalau MB sanggup tuduh saya buat tuduhan liar dan memfitnah kerajaan dalam isu ini, saya sedia berdebat dengan beliau, kerana ia melibatkan perkara kritikal iaitu masa depan generasi muda di Terengganu,” katanya pada sidang media di Pusat Media Parlimen.

Berdasarkan laporan UNICEF, sebanyak 26 peratus kanak-kanak bawah lima tahun mengalami tumbesaran terbantut di Terengganu, iaitu kedua tertinggi selepas Kelantan.

=EZY=


Pengarang :