SELANGOR

MB: Wakil rakyat Umno juga bisik minta peruntukan

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 26 MAC: Kerajaan Negeri tetap dengan pendirian menghormati pilihan yang dibuat rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata, maka sebab itu Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan kepada semua Ahli Dewan Negeri (ADN) termasuk pembangkang.

“Tadi pun ada wakil rakyat Umno membisikkan kepada saya, minta peruntukan. Saya kata memang kita satu-satunya negeri yang memberikan peruntukan kepada Umno.

“Tiada, (Kerajaan) Malaysia pun tak buat. Janganlah tuduh kita ini zalim, tidak adil kerana bagi saya wakil rakyat Umno juga dipilih oleh rakyat dan kita telah meluluskan dalam dewan bukan dalam ceramah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keenam, Dewan Negeri Selangor (DNS) Yang Ke-13 Tahun 2018 di DNS di sini, hari ini.

Jelasnya, isu kelewatan menerima peruntukan oleh beberapa ADN boleh diselesaikan jika setiap ADN mematuhi peraturan dan peruntukan kewangan sedia ada.

Katanya, Pegawai Daerah merupakan pengawal kewangan di peringkat daerah dan bukannya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.


Pengarang :