PBTSELANGOR

MBSA: Pusat kitar semula pertama guna elemen kehijauan

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 3 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil pendekatan membina pusat kitar semula berkonsepkan moden dan hijau pertama di daerah itu, bagi membudayakan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad berkata, pelaksanaan itu diambil bagi mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai pentingnya menjadikan kitar semula sebagai amalan hidup masyarakat.

Katanya, orang ramai akan didedahkan dengan aktiviti pengurangan sisa sampah melalui pengasingan sampah dari rumah.

“Sampah yang dikitar semula seperti plastik, kertas dan aluminium boleh diasingkan untuk dihantar ke pusat kitar semula itu,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya dalam kenyataan, ia melibatkan usahasama antara MBSA dan 99 Speed Mart Sdn Bhd yang telah menyumbang sebanyak RM500,000 melalui kutipan dana beg plastik.

Shahrin berkata, pusat kitar semula itu merangkumi tiga seksyen utama termasuk Pejabat, Galeri dan Pusat Pengumpulan.

 

=EZY=


Pengarang :