PBTSELANGOR

MPK kutip cukai taksiran RM49.95 juta

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 6 MAC: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengutip sebanyak RM49.59 juta cukai taksiran bagi tempoh sehingga 18 Februari lalu.

Yang DiPertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata kutipan itu meningkat berbanding RM42.83 juta bagi tempoh yang sama, tahun lalu.

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak RM38.41 juta daripada kutipan cukai taksiran 1/2018 manakala sebanyak RM11.18 juta daripada tunggakan cukai taksiran.

“Orang awam diingatkan supaya menjelaskan cukai taksiran bagi penggal 1/2018. Sebarang pembayaran lewat akan dikenakan fi notis RM20.
“Manakala, program sitaan dan rampasan harta akan terus dijalankan bagi akaun-akaun yang mempunyai tunggakan,” katanya.

Pada masa sama, Yasid berkata sehingga 31 Disember 2017, anggota ‘Task Force’ cukai taksiran MPK berjaya membuat kutipan sebanyak RM2.8 juta serta menyelesaikan 9,576 akaun tunggakan cukai taksiran.

“Berikutan sambutan menggalakkan dan prestasi kutipanmemberangsangkan, MPK melantik 55 kakitangan MPK menyertai pasukan ini dan akan berkhidmat mengurangkan tunggakan bagi tempoh empat bulan sehingga Jun ini,” katanya.

=EZY=


Pengarang :