Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
PBTSELANGOR

MPSJ kaji penswastaan gerai di Pusat Bandar Puchong

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 3 MAC: Perjanjian penswastaan gerai di Jalan Serindit Pusat Bandar Puchong bakal dikaji semula sekiranya operator gagal memenuhi syarat ditetapkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan berkata, operator dilantik gagal memberikan penyelenggaraan yang memuaskan melibatkan kawasan tempat letak kereta dan taman permainan di kawasan berhampiran.

“Operator yang dilantik perlu memenuhi syarat perjanjian ditetapkan terutama bagi penambahbaikan penyelenggaraan kawasan tersebut.

“Kegagalan mereka boleh menyebabkan MPSJ bakal mengakaji semula pembaharuan perjanjian,” kata dalam mesyuarat penuh bulanan MPSJ, baru-baru ini.

Difahamkan, terdahulu kawasan tersebut kurang mendapat sambutan menyebabkan MPSJ mengambil pendekatan penswastaan sebanyak enam gerai kepada sebuah operator sejak tiga tahun lalu.

“Hartanah di situ tidak memberangsangkan, jadi MPSJ berpendirian penswastaan itu dilihat jalan terbaik bagi membolehkan kawasan itu disewa dan dibangunkan.

“Namun, isu penyelenggaraan yang tidak memuaskan dibangkit Ahli Majlis akan dimaklumkan kepada operator untuk penambahbaikan bagi lanjutan penswastaan dibuat,” katanya.

=EZY=

 


Pengarang :