GLOBAL

NASA: Asteroid gergasi diramal terhempas ke bumi pada 2135

OLEH SABIRAH AZIZ

GLOBAL, 17 MAC: Para saintis National Aeronautics and Space Administration (NASA) memberikan amaran bahawa sebuah asteroid gergasi dijangka akan terhempas ke bumi pada tahun 2135.

Asteroid gergasi diberi nama Bennu itu mempunyai saiz lima buah padang bola dengan anggaran berat 79 bilion kilogram dan dikatakan 1,664 kali lebih berat daripada Titanic.

Mereka (saintis) meramalkan asteroid itu akan memberi 80,000 kali lebih impak berbanding bom Hiroshima, lapor Agensi.

NASA mempunyai kapal angkasa yang diberi nama Hypervelocity Asteroid Mitigation Mission for Emergency Response (HAMMER) direka khas untuk mengubah arah atau menghancurkan asteroid supaya tidak terhempas ke bumi.

Kapal Angkasa HAMMER ini juga mampu menghancurkan asteroid menggunakan bom nuclear, tetapi tidak disarankan kerana berkemungkinan memberi kesan buruk pada bumi.

Bagaimanapun, saintis memutuskan bahawa sebuah HAMMER tidak mencukupi dan tidak mampu mengubah arah Bennu.

Seorang ahli fizik di Makmal Kebangsaan Lawrence Livermore, Kirsten Howley berkata, menggunakan kapal angkasa HAMMER yang kecil boleh memberi ‘akibat buruk’ pada bumi.

HAMMER hanya berukuran sembilan meter tinggi dengan berat hampir sembilan tan.

SUMBER: AGENSI

 


Pengarang :