GLOBALSUKANKINI

Piala FA Inggeris: Spurs belasah Rochdale 6-1

OLEH AFIX REDZUAN

LONDON, 1 MAC: Hatrik daripada Fernando Llorente membantu Tottenham Hotspur mara ke peringkat suku Piala FA Inggeris selepas membelasah Rochdale, 6-1 di awal pagi tadi.

Dalam perlawanan ulangan di Stadium Wembley itu, pemain Korea Selatan, Hueng-Min Son turut menjaringkan dua gol, manakala satu lagi gol Spurs disumbangkan Walker-Peters.

Son membuka tirai jaringan Spurs, pada minit ke-23 hasil umpanan Erik Lamela sebelum Rochdale mengikat kedudukan 1-1, pada babak pertama menerusi S Humphrys.

Bersambung babak kedua, giliran Llorente meledak hatrik, pada minit ke-47, 53 dan 59 sebelum Son menambah satu lagi jaringan peribadi, pada minit ke-65.

Walker-Peters melengkapkan malam gemilang Spurs apabila menjaringkan gol keenam di hujung permainan bagi keputusan penuh, 6-1.

Spurs akan bertemu Swansea yang turut menang dalam perlawanan ulangan menentang Sheffield Wednesday, 2-0 di peringkat suku akhir semalam.

Kredit Foto: Standard.co.uk


Pengarang :