PBTSELANGOR

PJ Smart City ke arah globalisasi, khidmat terbaik untuk rakyat

OLEH SYAZWANI SUFIAN

PETALING JAYA, 17 MAC: Sebagai tanda sokongan penuh strategi Selangor Smart City, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) turut membangunkan projek Projek Petaling Jaya Smart City (PJ Smart City) ke Arah Globalisasi.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain berkata, konsep itu bertunjangkan lima teras utama iaitu ‘A Clean, Green, Safe, Connected and Happy City’.

“PJ Smart City ini dirancang secara menyeluruh dengan mengambil kira keperluan semua pihak berkepentingan dengan penggunaan meluas Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan teknologi maklumat dalam pengurusan bandar.

“Ia adalah bertujuan mencerap data kritikal berkaitan semua sektor perkhidmatan bandar seperti pembangunan ekonomi, alam sekitar dan sosial keraha kehidupan lebih pintar dan mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis Penyampaian Sumbangan Program PKKPJ dan pelancaran Dashboard – PJ Smart City di Dewan Sivik MBPJ, malam tadi.

Azizi berkata, PJ Smart City adalah gabungan penggunaan IOT (Internet of Things) dengan eleman IOP (Internet of People) memberi fokus terhadap pembentukan komuniti pintar (IOP).

“Elemen IOP ini ditentukan berdasarkan keutamaan sebenar masyarakat dan penduduk Bandaraya Petaling Jaya.

“Pelaksanaan Projek PJ Smart City itu merangkumi pembinaan bangunan baru Pusat Data Utama ‘PJ Smart Centre’, pembinaan 11 Mini Smart Centre menggunapakai sistem aplikasi secara dashboard.

“Sistem aplikasi dashboard ini diasas dengan lima sektor perkhidmatan bandar meliputi ‘city planning and development’, ‘city community development’, ‘city management and enforcement’, ‘city business’ dan ‘city town services’ yang membabitkan 22 dashboard secara keseluruhannya,” katanya.

=EZY=


Pengarang :