PENDIDIKANSELANGOR

Program Pertukaran Pelajar KUIS-UMMI erat jalinan

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 16 MAC: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menerima kunjungan delegasi pelajar daripada Universitas Muhammadiyah Sukabumi (UMMI) Indonesia bagi program pertukaran pelajar, baru-baru ini.

Timbalan Rektor Pengurusan Korporat (Pembangunan & Pengantarabangsaan) KUIS, Dr Zulkifli Abd Hamid berkata, program selama 17 hari itu membabitkan tiga pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki bagi program sarjana muda, dalam bidang pengajian perniagaan.

Melalui program itu, ia dijangka dapat mengerat dan memperkukuhkan lagi jaringan serta jalinan antarabangsa antara dua negara.

“Program pertukaran pelajar ini bakal memberi banyak manfaat apabila mereka bukan sekadar bertukar maklumat, budaya, adat resam, bahasa dan makanan.

“Pelajar dari UMMI turut merasai pengalaman perkongsian ilmu apabila mereka juga perlu menghadirkan diri ke kuliah dan program mahasiswa yang berlangsung sepanjang tempoh berada, di KUIS,” katanya.

Selain itu, pelajar UMMI turut dibawa melawat ke tempat menarik sekitar Lembah Klang diiringi pelajar KUIS ke Balai Seni Lukis Negara, Muzium Perdana Putrajaya, Menara Berkembar Petronas (KLCC), Pasar Seni dan lokasi lain.

Pada masa sama, KUIS merancang untuk mengadakan lawatan balas membabitkan empat pelajar iaitu mereka yang terbabit sebagai ‘buddy’ mengiringi pelajar UMMI ketika berada di KUIS bagi mengikuti program pertukaran pelajar ke UMMI, pada 19 hingga 30 April ini.


Pengarang :