EKONOMI

Ringgit diniagakan pada 3.8650/8680 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 28 MAC: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan minat belian dan di tengah-tengah kegoyahan pasaran ekuiti AS dalam pasaran semalaman.

Pada jam 9 pagi, ringgit diniagakan pada 3.8650 / 8680 berbanding dolar AS daripada penutup 3.8755 / 8785 semalam.

Ketua Perdagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes, berkata pasaran ekuiti AS bergelut dengan retorik perlindungan AS, yang melemahkan sentimen pasaran dengan harga minyak yang lebih rendah.

Ringgit juga mengukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan lebih baik berbanding dolar Singapura pada 2.9524 / 9554 daripada 2.9613 / 9645 pada Selasa dan lebih tinggi berbanding yen pada 3.6611 / 6643 daripada 3.6665 / 6697.

Ia menyusut nilai berbanding pound British kepada 5.4790 / 4837 daripada 5.4745 / 4795, tetapi mengukuh berbanding euro kepada 4.7969 / 8010 daripada 4.8110 / 8152.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :