SELANGOR

SAOW datang lagi, temui masyarakat di Seksyen 18

SHAH ALAM, 6 MAC: Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheel (SAOW) akan beroperasi di perkarangan tempat letak kereta Pasaraya Giant, Seksyen 18 pada 10 Mac ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, pejabat bergerak itu mula beroperasi jam 11 pagi hingga 5.00 petang.

Katanya, kewujudan perkhidmatan itu diharapkan dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat.

“SAOW merupakan landasan disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Ia akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan dan jualan kupon parkir,” katanya.


Pengarang :